Wednesday, 2 December 2015

#FoodReview - Mee Tarik Warisan Asli

Hi semua!

Memang dah lama jugak tak makan2 sebab kalau dulu masa duk Penang and KL dulu selalu la pergi sana sini nak try try makanan. Tapi sejak2 dah balik ke Kedah ni macam kureng sikit keluar makan tapi hari2 harus la makan tapau kan sebab 
dekat rumah ada parents dengan I ja. Nak masak tu macam tak berbaloi lagi pulak mak tak yakin bila anak dia masak, tak mengikut piawaian dia kot, lagi senang hati tak payah masak hahaha. 
Jomlah kita review pasal Restoran Mee Tarik Warisan Asli kali ni sebab macam banyak pulak cafes dan restaurants yg pending untuk direview dalam folder ni walaupun tak berbayar tapi berangan ja lah konon2 feeling jadi Julia Roberts macam dalam cerita My Best Friend's wedding
yang dia jadi food tester/reviewer tu hihihi. Haa masa I pergi kelas makeup dengan Shazreeyana Shukri dengan Ferra rossa dulu (nanti i cerita pengalaman pergi kelas diorang, BEST SGT!) lepas kelas tu, adik i dengan HZ ambik dari class tu and kitorang pun cari tempat nak makan dekat Shah Alam dekat2 area Alam Avenue 2.
Dah penah dengar mak i cakap situ macam Chinese Muslim punya style, jadi teringin pulak, lagipun time tu semua orang macam ikut ja nak makan apa. Time pergi tu dekat2 2-3ptg tak berapa ramai sangat (ttba ada nampak adik uqasha yang raysha rizrose ka sapa nama tah tu, cantiknyaaaaaa and badan dia hot gila okay time tu dia tak famous lagi ohmy lama btul dah bila pikir balik hahaha) 

To be honest, time tu memang taktau apa nak expect bila masuk outlet ni, yang tau mee tarik ni macam mee yang homemade buat tarik nipis2 cam dekat China ke mana yg oversea tu. Bila tengok menu macam ohhh banyak juga choices boleh pilih, ada mee kering, mee basah, mee sup, kalau taknak makan mee, boleh makan nasi dia, lauk2 pun ada semua chinese style. 
since pergi ni dah lama beno, I pun dah tak ingat apa nama dishes yang kitorang order ni, tapi yang paling best yg kering ni lah, ada macam daging2 ni, sedappp. And ya ampunnnn portion dia besar betul, makan sorang pun tak habis tapi taktaulah kalau sekarang dia dah buat portion sikit ke, dengar cerita sekarang dah banyak outlet dia sampai ke cyberjaya pun ada. 
Price wise macam pricey tapi berbaloi lah kot dengan portion yang maha besar tu, kalau first time nak try, mungkin boleh share2 tapi kalau yang tamak haloba macam kitorang order la sorang satu hahaha boleh tapau makan kat rumah(dasar kedekut).
Teruk betul review semenggah harga takda menu takda hahahaha, kasi chance la, nanti i review lengkap2 kay.  hahaha 








Alamat dekat Shah Alam tu kalau nak Waze boleh la letak 
B-27, Alam Avenue 2
Jalan Serai Wangi K 16/6 , Padang Jawa,
Shah Alam 40200 Selangor

p.s: Updated-i went back last month with my family portion dia dah tak besar so just nice lah untuk kita makan takmo share hahaha, and the chinese tea sedappp buang angin segala go and try it if you haven't!

❤❤❤❤
 Zoe Ana
❤❤❤❤


Monday, 30 November 2015

#FoodReview - Nasi Kukus Ilham, Mutiara Damansara


Hi semua!

To all food lovers yang stay around Selangor area(Damansara especially) rasanya mesti tau kalau sebut Nasi Kukus Ilham. Kalau yang taktau tu meh nak bagitau ni haa, dulu masa I stayed in Damansara mula2 tu takpernah pun rasa nak makan dekat sini, tapi after one of my closest friend bawak makan dekat sini, terus macam hooked asyik nak makan siniii ja. No wonder lah kadang2 tu time lunch or weekend ja mesti ramai orang beratur sampai ke hujung jalan. To those yang tak pernah rasa, ni la rupa nasi kukus tu,

Nasi putih biasa yang dia kukus dalam bekas besi kecik2 tu, lepastu ada la sides nenas+bilis rangup krup krupp+sambal yang super pedas+ayam goreng berempah yang maha sedap(sebab im not an ayam goreng kindda person but i find theirs one of a kind punya sedap) and they top it off with their gulai. I think yang the main attraction tu dia punya gulai and ayam goreng lah. sebab kalau rasa tempat lain punya nasi kukus kureng sikit tang gulai tu. hihihi but fret not, sesapa yang takmakan nenas/bilis/sambal boleh ja mintak depa jangan letak hihihi.


Tengok bukti sedap sangat nasi kukus ilham tu sampai i masak pun yang kanan tu still nak makan nasi kukus ha. (walaupun memang dah sedar tak setanding pun nak lawan dengan nasi kukus tu, nasibla budak yang kiri tu pandai amek hati makan jugak masakan i hahaha)

Eh lupa pulak nak bagitau, location Nasi Kukus Ilham ni, dia dekat Mutiara Damansara, dekat dalam perumahan dekat across The Curve/Tesco tu, dekat shoplots yang sebelah Desa Mutiara Apartment. memang kalau nak masuk tu furrrrtherrrr up lah sampai ke dalam. Kalau senang lagi,waze lah Nasi Kukus Ilham. hihi

Let me know if you are also a fan of Nasi Kukus Ilham! 



❤❤❤❤
 Zoe Ana
❤❤❤❤

Saturday, 28 November 2015

#FoodReview - Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur

Hi semua!

Hard Rock has always been close to my heart since I first started work/industrial training dulu pun dekat Hard Rock Hotel Penang. Kena pulak HZ pun memang fan Hard Rock so kitorang ada lah jugak things in common di situ hahaha, for his birthday last year, we went for a quick birthday lunch dekat Hard Rock Cafe KL sebab HZ dapat free birthday meal vouchers so bolehla weols redeem sambil2 tu. I ordered the steak and he ordered Nachos(as usual, memana tempat pi pun asyik nachos ja...b-o-r-i-n-ggggg) The thing about eating at Hard Rock last time I remembered the portion was HUGEEEEE tapi tetiba time p tu portion macam eh keciknyaaaaa, or maybe sebab kitorang guna vouchers kot? hahaha matiklahhhh buat assumption suka suka hatiii. Overall the food was okayyyyylah, nothing great. Orang pergi HRC pun sebab the brand ja kan, but the servers super duper warm and friendly lahhh, and ofcourse the ambience and surrounding yang best. But disebabkan weols pi siang, orang tak ramai jadi macam dull and boring sikit. Price wise? I cant remember the exact amount but total bill for all these was about RM80-RM150 kot? Google jerlah menu dia kawan2 hahahaha.





(Paksa server ambik gambar weols banyak kali sebab orang tak ramai kannn,gambar ni jerlah yang nampak elok pun yang lain semua kelauttt punya gelap hahahaha)

For those yang still have no idea where Hard Rock Cafe Kuala Lumpur is located selain menggunakan Waze, uols jugak boleh pi Concorde Hotel jaaaa, because the cafe is located just beside the hotel. Hope y'all have a rocking time at HRC and enjoy yourselves as much as we did!

❤❤❤❤
 Zoe Ana
❤❤❤❤

Thursday, 26 November 2015

The Story Of My Kampung Cat

Hi semua!

Harini nak cerita pasal kucing kesayangan lah. Sebab orang macam tak pecaya sejak bila lah si Zoe ni minat kucing. Selama ni family I memang ada bela kucing masa I kecik2 dulu, tapi I tak la obsess or suka dengan kucing sangat, sebab rasa macam busuk kot depa kencing2 tu. I penah bela rabbits and tortoise ja. Tapi as time passed by, ada lah beli kucing sendiri but orang lain tolong jaga kan sampaiiiilah I dengan HZ ni, sejak balik Kedah rasa macam boringnya hidup lepastu asyik melepak kat rumah paksa mama jadi teman nak cerita2 lama2 dia pun boring, HZ pun busy memanjang, tetiba ja cakap dekat HZ nak bela kucing tapi harga kucing sekarang memang melampau2 lah mahai.

One day, masa pagi I pi beli breakfastdekat tempat macam foodcourt near Taman Golf ni, ternampak lah sekor kitten ni black and white macam happily jalan2 dekat kaki orang tengah makan time tu. Without hesitation, I tanya my mom boleh dak nak bawak balik, dia pun kesian lah kot sebab I memang teringin nak kucing (pastu dia kata kucing tu jalan2 dekat kaki ustaz mana tah so macam kucing ni a petanda baik ke apa lah kan, walaupun i taktaula apa releven nya dua2 tu hahahahaha), So apalagiiii ya rabbiiii happy sungguh bila mak bagi green light (ofcoursela kena mintak restu mak khennnn kata pun tinggal dekat rumah dia.nak buat suka hati nanti kena marah jenuh jadi anak derhaka pulak hahahaha)



 (masa first day ambik from the foodcourt)


Lepastu bawak la balik si kenit tu, tanya HZ nak bagi nama apa, dia suruh google kucing hitam dalam bahasa Jepun diorang panggil apa, nero kot, ka apa tah, last2 buh la nama Neko. tapi biasalah dah mak I kalau sebut ni mana lah nak reti bunyi2 jepun ni, last2 panggil Niko ja selaras dengan kekampungan dia hahahaha. Jadikkklah kan.



Kesian si Neko ni, tiap2 hari mak mesti macam "hudohnya dia ni"/"hitamnya dia ni" tapi takpalah, dia bukan paham pun bahasa manusia, I lah yang lebih2 sentap bila orang kata kucing hitam kesayangan i tu hudoh hahahaha. obsesi sangat. Tapi tulahhh, kampung2 dia pun comel la jugak cara dia hahaha.

                           

Tuptup dah dekat 8 bulan dah Neko tinggal ngan kitorang. Nasib lah pandai guna toilet dia, tak pancut sana sini. Yang bestnya, kampung2 si Neko pun, collection baju kucing nak H&M pets okayyyyyyy, bow tie macam2 color, rantai pun macam2 color. Haruslaaa bergaya kannnn walaupun bak kata manusia, muka jawa totok tapi gaya mau ada. hahahaha. Dekat rumah I sekarang ada lah jugak kucing adik I breed American Short hair tapi even kucing tu pun tak dilayan macam anak raja macam si Neko tu hahaha. Hmmm, sayang betui lah Neko ni, oklah saja nak cerita intro pasal Neko tu sebab lepas ni banyak jugaklah entry2 nak cerita pasal Neko haha.

                             
   


❤❤❤❤
 Zoe Ana
❤❤❤❤


Zoe Ana & MakeUp Class


Hi semua!

Dah bekurun abad baru rasa nak upload pasal makeup class dengan Shazreeyana Shukri & Farra Rossa ni hihi. 
Macam tak percaya pulak I pergi makeup class, sebab among all my friends I paling selekeh dan tak semenggah (in simpler words, paling tak girly dan tak cantiklah haa) jadi kalau cakap I pergi makeup class macam ramai orang tak percaya hahaha tapi tiba2 I rasa berminat pulak nak belajar makeup sebab selama ni I macam tau lah basic makeup and I tried donning my sister up for her dinner party few years back pun macam eh syok jugak main makeup2 ni. It so happens yang Kak Yana and Farah are friends of my friend so kenal lah, and I suka tengok style makeup depa. After dapat tau yang they are going to organise makeup class, apa lagiii I joinlah. 

I remember it was sometime in November 2014 kot (hahaha dah dekat setahun baru update, I know, I knowwww) and the class was held at Kak Yana's boutique in Shah Alam. Ramai juga yang joined, semua gegirls, friendly2 pulak tu even ada one girl from Indonesia joined the makeup class! Overall memang best lah makeup class tu, Kak Yana and Farah were very professional and friendly. Models pun super hot even bertudung! I sukaaaaaaaaa. Lepas class dapat goodie bags, ada birds nest , this one beautiful doctor kawan Kak Yana jual but she gave out one for each of us to try out for free(I cari the picture tak jumpa nanti if ada I update balik hahaha).

Little did everyone know, Kak Yana and Farah are actually siblings, sisters by blood. Tapi style of makeup depa lain2, Farah punya style macam very bold and vibrant, Kak Yana punya style macam sweet2 gitteww. So we were lucky to have learnt both style of makeups. Overall memang bestlah and I did enjoy myself, sesuai untuk beginner like me. Ni ada snippets of the class, sorry ada yang gelap pulak. I tak sempat edit sebab editing software expired pulak LOL. Enjoy ! 

(beriya tulis apa tah tu)

 (hands on session)

 (semua gegurls from the session, ya rabbi gemuknya I T__T)

(After the class. dapat certificate hehe, thats Farah and Kak Yana btw)

(Tak clearrrr but i think yang ni pic I snapped dalam kereta right after kot beriya nak tunjuk dekat HZ I dah ada cert untuk makeup orang hahahaha)



Oh ya, if you girls are interested nak join their class, boleh checkout the instagram account:
makeupbyshazreeyanashukri
or
makeupbyferrarossa



❤❤❤❤
 Zoe Ana
❤❤❤❤

Buried Past

"xxx has sent you a friend request" woke up today and found this on fb reread and reread again i couldnt believe my eyes....