Wednesday, 2 December 2015

#FoodReview - Mee Tarik Warisan Asli

Hi semua!

Memang dah lama jugak tak makan2 sebab kalau dulu masa duk Penang and KL dulu selalu la pergi sana sini nak try try makanan. Tapi sejak2 dah balik ke Kedah ni macam kureng sikit keluar makan tapi hari2 harus la makan tapau kan sebab 
dekat rumah ada parents dengan I ja. Nak masak tu macam tak berbaloi lagi pulak mak tak yakin bila anak dia masak, tak mengikut piawaian dia kot, lagi senang hati tak payah masak hahaha. 
Jomlah kita review pasal Restoran Mee Tarik Warisan Asli kali ni sebab macam banyak pulak cafes dan restaurants yg pending untuk direview dalam folder ni walaupun tak berbayar tapi berangan ja lah konon2 feeling jadi Julia Roberts macam dalam cerita My Best Friend's wedding
yang dia jadi food tester/reviewer tu hihihi. Haa masa I pergi kelas makeup dengan Shazreeyana Shukri dengan Ferra rossa dulu (nanti i cerita pengalaman pergi kelas diorang, BEST SGT!) lepas kelas tu, adik i dengan HZ ambik dari class tu and kitorang pun cari tempat nak makan dekat Shah Alam dekat2 area Alam Avenue 2.
Dah penah dengar mak i cakap situ macam Chinese Muslim punya style, jadi teringin pulak, lagipun time tu semua orang macam ikut ja nak makan apa. Time pergi tu dekat2 2-3ptg tak berapa ramai sangat (ttba ada nampak adik uqasha yang raysha rizrose ka sapa nama tah tu, cantiknyaaaaaa and badan dia hot gila okay time tu dia tak famous lagi ohmy lama btul dah bila pikir balik hahaha) 

To be honest, time tu memang taktau apa nak expect bila masuk outlet ni, yang tau mee tarik ni macam mee yang homemade buat tarik nipis2 cam dekat China ke mana yg oversea tu. Bila tengok menu macam ohhh banyak juga choices boleh pilih, ada mee kering, mee basah, mee sup, kalau taknak makan mee, boleh makan nasi dia, lauk2 pun ada semua chinese style. 
since pergi ni dah lama beno, I pun dah tak ingat apa nama dishes yang kitorang order ni, tapi yang paling best yg kering ni lah, ada macam daging2 ni, sedappp. And ya ampunnnn portion dia besar betul, makan sorang pun tak habis tapi taktaulah kalau sekarang dia dah buat portion sikit ke, dengar cerita sekarang dah banyak outlet dia sampai ke cyberjaya pun ada. 
Price wise macam pricey tapi berbaloi lah kot dengan portion yang maha besar tu, kalau first time nak try, mungkin boleh share2 tapi kalau yang tamak haloba macam kitorang order la sorang satu hahaha boleh tapau makan kat rumah(dasar kedekut).
Teruk betul review semenggah harga takda menu takda hahahaha, kasi chance la, nanti i review lengkap2 kay.  hahaha 








Alamat dekat Shah Alam tu kalau nak Waze boleh la letak 
B-27, Alam Avenue 2
Jalan Serai Wangi K 16/6 , Padang Jawa,
Shah Alam 40200 Selangor

p.s: Updated-i went back last month with my family portion dia dah tak besar so just nice lah untuk kita makan takmo share hahaha, and the chinese tea sedappp buang angin segala go and try it if you haven't!

❤❤❤❤
 Zoe Ana
❤❤❤❤


Buried Past

"xxx has sent you a friend request" woke up today and found this on fb reread and reread again i couldnt believe my eyes....