#ProductReview - Jamu Tun Teja

03:36:00

Wah, lama tak jenguk blog saja harini nak buat surprise visit and memang betul2 surprised sebab check search results most of visitors nak tau pasal Jamu Tun Teja. Itu hari(tak berapa nak hari lah jugaknya sebab last update bebulan yang lepas hihihi) ada tulis dalam bahasa omputeh sikit2 pengenalan Jamu Tun Teja ni.


Tapi harini kita cakap melayu pulak lah, okay? Agitteww feeling orang obersi dah pasaipa hang Zoe? 🙄 Baca jelah review ikhlas jujur pasal Jamu Tun Teja ni kayyy uols.

Jamu Tun Teja ni pengasas and founder dia kawan I time zaman sekolah2 dulu. Walaupun memang dari sejak kenai si Hazira a.k.a Jijah(founder Jamu Tun Teja la ish hampa ni) ni dia kulit dia memang gebu2 tapi biasalah zaman remaja2 ni ada la jugak time2 belemoihnye. Jijah ni memang nampak ayu2 tapi sempoi perangai dia. Dari dulu lagi memang dalam gang kami pun memang dia suka benda yang melawa2 ni, suka test2 makan supplement/jamu/try makeup macam2. Kalau ada Instagram dulu i rasa dia memang boleh glemer kalah Asyallie sbb apa tau? Dia la ajaq I and the geng guna lip tint tu. Apa? Ingat Asyallie ja ka yang tau liptint, kami dari dulu lagi dah guna tau, hihi. Tapi dulu2 brand Bodyshop je ada jual lip tint tu, mana nak cari brand2 korea thailand murah semua tu. Lagi pulak dulu liptint slalu guna as blusher. jenuh tonyohla nak dapat pipi merah.hihihi . 


Eh alamak terpesong dari cerita pulak. Okay sambung pasal Jamu Tun Teja. After high school, dah terlost contact pulak for a few years, start contact2 lepas dia balik Malaysia sebab before tu dia stay dekat Australia jadi penternak kangaroo(pecaya dak? hahahaha memain ja, jijah ni architect tau uols) Masa dah friend2 dekat facebook tu biasala lama tak besua, scroll2 la stalk page dia, Pastu tetiba nampak dia post nak bagi free Jamu Tun Teja. Time u macam taktau lagi tu dia punya product sebab Jijah ni walaupun dia architect tapi memang suka business2 so ingatkan dia macam stockist ke apa. I pun pantang benda2 free nak2 kalau pasal supplement memang naik hantu la gedik2 nak try. Tuptup bila tau Jijah ni founder Jamu Tun Teja lagi la semangat nak try sebab memang dah tau Jijah ni kalau barang cokia2 tak bekualiti memang dia takkan jual.

Dah pulak lepas try tu, tetiba ja macam perasan Kulit jadi lembut, muka nampak cerah. Pastu memang ikhlas cakap ni, senang gila nak bangun tido wei. Jamu Tun Teja ni umpama penghalau syaiton yang hasut kita tido tak bangun2 hahahahaha Nampak tak betapa i nak tekankan yang Jamu Tun Teja ni bagus untuk segarkan badan kita? Lepastu apa lagi, terus offer diri sendiri nak jadi agent sebab boleh consume sekali alang2 kan. Tapi seriouslah bukan sebab i jadi agent okay, nak promote2 ni. tapi you all yang lesu2 badan, selalu rasa lethargic memang patutlah try Jamu Tun Teja. Lagi pulak, jamu ni cara approach dia tak geli2 macam Jamu lain. I jenis segan sikit kalau nak order jamu tambah2 jenih yang geli2 abang sayang tu hihihi. 

Walaupun orang cakap Jamu Tun Teja mahal (RM88 sekotak 15 sachets) bila fikir balik, sejak2 i amalkan jamu ni dah boleh cut cost makan Vitamin C yang soluble tu(walaupun harga rm18 je uols) cut cost beli collagen powder(selalu mesti beli yang K-Colly takpun total image collagen capsule tu) and paling paling jimat since dulu i suka injection whitening(satu kotak ampoules dah dekat RM900, sekali drip RM80, kena drip 10 kali, so kiralah sendiri brapa dah berhabis untuk injection ni) walaupun ramai cakap bahaya, sekarang dah boleh jimat takpayah inject dah. 

Tau kenapa? 

Sebab dah ada Vitamin C, Hyaluric Acid and Collagen dalam Jamu Tun Teja ni. Yang lain2 bahan2 dia macam jamu biasa lah ada manjakani, akar serapat, halia bara, kulit kayu manis, madu, Acai Berry, lada hitam. 

Lagi satu, even Jamu Tun Teja ni i consume rasa panas la jugak badan tapi dia takla panas melampau2 sampai nak bepeluh keti segala. Cuma dia macam panas umpama jalan kat luar time tengahari tp matahari tak berapa nak rembang. Gittewww nak gambarkan, gigih! 
(Hi jahh 🙈)

Kalau bab kurus i macam tak berapa nak boleh bagi testimonial sendiri sebab diri sendiri tgh membesar bagaikan juara pasaiiii malas nak bersenam. Tapi akhirnya tahun 2017 buat i insaf and mungkin, mungkin jela, akan besemangat nak kurus dan pergi gym. Harap2 semangat rajin ni bekejan sampai kurus hahaha. Alahh, apa2 supplement pun kalau u makan tanpa senaman and control makan, memang idokle nak kuruih.  

So korang kalau tengah google pasal Jamu Tun Teja ni, lulus KKM ker tak, inshaallah i nak cakap selamat di consume. Jomla kita sembang2 pasal Jamu Tun Teja, tak beli pun takper, i memang suka share2 info kecantikan(masalah cantikke hang zoe oi)  dengan orang ramai. 

Boleh jenguk2 instagram i dekat @Dearest_Diva or boleh email je i dekat jamutunteja@yahoo.com. Nak drop comment pun bolehhhh, kalau dah malas sangat nak buka apps lain hahahaha. 

❤️❤️❤️
Zoe Ana
❤️❤️❤️

You Might Also Like

0 people scribbled