Friday, 5 July 2019

Tempat Makan Best Dan Sedap Di Terengganu



Sejak2 duduk dekat Terengganu ni kemain tak sedor diri aku mengkedarah makanan,
Lupa habis segala diet miet semua ha.
Dulu before kawin kemain lagi cakap dekat HZ aku takkan jadi couple2 yang dah kawin semua mok mok belaka, tapi hakikatnya hakkkkktommmm, badan membesar bagai juara.
Awal2 pindah sini aku macam tak gemor sangat makan makanan2 dekat Terengganu, tekak aku rasa macam maneh maneh pulak makanan sini (Memang fakta yang aku dah sahkan, Kusss semangat orang sini masak banyak guna gula, tapi kalau yang tak guna gula tu baguslah.)
Mungkin sebab tu kot berat badan aku naik mendadak ni,
Eceh.
Oktipuja,
Dah dasar makan nasik 3 kali sehari, lagi nak salahkan gula.
Baru dekat dua bulan aku dekat sini, boleh kata aku dah cover most tempat makan yang sedap2 dan femes dekat Terengganu ni (Aku cover tempat makanan yang aku suka jelah hahaha)
Jap aku senaraikan macam dalam list orang post dekat Facebook tu, yang mana aku pernah try aku komen lah, nak gambor2 aku letak dalam post lain okay?

1. Nasi Dagang Kak Poh Batu Buruk
- tempat ni memang ramaiiiiiii sangat and cepat habis nasik dia, aku tak berapa makan Nasi Dagang tapi HZ cakap sedap, dia bawak mak aku makan sini, mak aku pun cakap sedap, aku pecaya jugak sebab ramai Chinese makan dekat sini selalunya kalau nak tau tempat tu sedap ker tak kalau kedai Melayu ada ramai Chinese maknanya memang sedappp(theory aku la, kalau korang aku taktau la cemana)
2. Nasi Dagang kat Kg Atas Tol
3.Nasi Dagang dalam Pasar Kedai Buluh
4.Nasi Dagang Kak Joh Bukit Besar
5.Nasi Dagang Mok Ngoh Chendering
-mak aku cakap tempat ni lama dah, memang sedap dari dulu, ada makcik famous yg duduk tengah2 dia cubit2 nasi dan lauk untuk semua(aku takpastila makcik tu ada lagi ke tak haha)
6.Nasi Dagang Warisan kat tepi Shell Batu Buruk tepi kedai jual roti canai

7.Burger: Awang burger depan Hospital Kuala Terengganu
- HZ bagitau sini kena order through phone, kalau tak memang masaklahhh hang nak tunggu dekat kedai dia, sebab aritu aku bising cakap takdak orang pun tapi awat famous. hahaha. mulut aku memang capoi, maafkan aku Encik Awang Burger.

8.Air asam boi kasturi power & piyooorrr mat paker rhu dua marang.(aku tak reti nak translate apa benda dia tulih ni hahaha and aku takpenah try lagi)

9. Nasi Minyak John blakang Aeon kampung Sri Kolam,
10.Nasi Minyak Zaki depan Giant Bukit Besar
- haaaa yang ni memang terbaikkkkkk wei sebab dulu HZ bagi aku makan nasi minyak first time tak sedap terus aku fobia nak makan agi tapi dia bawak jugak aku makan kat sini siap cakap tak caya tengok ada Cina makan dekat sini.(aku bukan racist weh) pastu aku try makan memang sedap gilaaa, nasi dia macam ala2 nasi hujan panas lepastu ada ayam goreng, ayam gulai segala tapi aku sukalah ayam goreng rempaah dia sedappppp, ada jugak ayam kampung dan ayam bandaq aku rasa dua2 walaupun sebelum ni aku tak reti makan ayam kampung sebab terbayang lecturer aku cakap ayam kampung exercise(dulu aku takpaham, sekarang baru aku tau maksud dia sihat hahahaha) memang teruih sihat aku rasa lepas makan ayam goreng dia (yang ke 5 ketul tu hahahahaha sihatla sangat ye dok)

11.Nasi Minyak Jenab kat depan KEMAS kuala bekoh tepi dia ada stor gas
12.Nasi Minyak kat tanjung depan Hock Kee Seng (Dulu Astaka)
13.Nasi Minyak Aziz kat hiliran depan perodua

14.Nasi Lemak Bromoh pasir panjang
15.Nasi Lemak atah court kg ladang (sebeloh seng heng)
16.Nasi Lemak kak dah kat gerai food court beteng tanjung blakang hock kee seng astaka

15.Rojok Keling restoren selamat jalan tok lam
16.Rojok sultan kat area simpang 3 skoloh tengku ampuan mariam menuju ke kapung ladang
17.Rojok sultan kat depan petronas chendering tepi car wash
18.Rojok keling di kedai awang A kat kapung gong tok nasek
19.Rojok Kateh Kedai ben10 tepi stadium bola bando
20.Rojok Kateh Kedai Air Nyior kat bulatang skoloh SKSS1

21.Nasi Ayam Nurul Iman kat depan skoloh arab batu buruk
22.Nasi Ayam Meto kat jalan nok gi muzium
23.Nasi Ayam hainan kat bazar batu buruk
- yang ni pun sedap, setanding nasi ayam dekat chicken rice shop tapi yg ni sedap lagi lah. service dia cepat betui, duduk je order, kelip mata sekali bila buka mata terus makanan dah sampai hahaha. taugeh dengan kailan dia pun fresh. cuma aku rasa mahal sikit la, kalau aku ada banyak duit memang aku p tiap2 hari hahaha tapi disebabkan aku takberapa nak kaya aku rasa cukupla aku p bila aku teringin ja.

24.Roti Payang Nurul islamiah kat lekoh jalan kamaruddin

25.Nasik Belacang: kedai sri wani bromoh kat depang surau besor tanjung

26.Sup: Sup Atas Pasor Payang (sebeloh nasik minyok rozak)

27. Mee Talang: Kedai goreng pisang kat tepi skoloh rendoh sri budiman,se lagi pulau kambing...nyakot molep hok tu..

28. Ikang Celup Tepong Warung Pok Nong kat Kampung Telipot
- ni pun aku bagi 5bintang sebab sedap and murah, cuma kena berebut sikit bila dia siap goreng, ramai betui orang. Masa aku p dengan HZ tu, kedai tak buka lagi tapi orang dah beratoq panjang depan meja hidang tu. Self Service okay, siap sedia la nak merempuh berebut segala sotong udang ikan tu. hahaha.
29. Ikan Celupt Tepung warung kat pata pandak depang hok tutup nge pagor utk pembinaang hotel

30.Mutabok: Kedai buruk kaler kuning depang Hock Kee Seng (Astaka lama)

31.Nasik Kapit Gula Ikang Aya : Kedai depang Shell Chabang 3,
32.Nasik Kapit Warung Norazila kat depang masjid terapung

33.Satey Lina kat area Waterfront Pula Kambing
34.Satey pata timur kat batu buruk sebeloh batu buruk beach resort
35. Satey jam besor di seberang takir dekat kem askor

36.Ikang bakor bukit tunggal (ada cawangan di pasir panjang)
37.Ikang bakor di Cairo Tomyang kat tepi skoloh pusak chabang 3
38.Ikan bakor hamid keda bowoh jambatang koliba

39.Kuih Muih Tradisi: Kedai kat trafik light nok gi ke panji alam dan gong kapas
-banyak betui choices kuih muih dekat sini, mak mentua aku cakap kalau nak rasa yang sedap kena tanya orang yg serve dkt kaunter tu yang mana sedap, nanti dia akan bagitau. sebab banyak sangat kuih memang tak terpilih. Nak kira acilut ad ad pun tak sempat hahaha.
40,Kedai kat trafik light simpang 3 sekoloh tengku ampuan

41.Mee Goreng Basoh Kedai mat nawi & mat sarip kat area spital haiwang pula kambing,
42. Mee Goreng Basah Kedai mek comel kat rumah org tp dia wat keda betul2 depan skoloh rendoh Tok Dir

43.Nasik Padang Restoren safinaz kat istana badariah dan masjid putih
44.Nasik Padang Rex
45.Nasik padang kat Showroom toyota bandar kuala tranung

46. Nasik Campur Warung kedai binjai kat depan hotel sri malaysia kuala tranung
47.Nasik Campur Restoren mat binjai kat depan wisma sri tenang
-restoren Mat Binjai aku dah try, boleh la dengan tekak aku, tapi dia jenis serve banyak2 kalau taktau memang kita makan semua, tapi hakikat dia kita makan apa yang kita mau jaaa. Nanti dia mai kira. Pastu siap ada telur penyu(aku dah try sambil rasa besalah sebab kesiankan penyu T__T) Harga kat sini mahai nau.Overrated jela kot bagi aku.

48.Nasi ulang cicoh budu Warong lempeng kat kapung rusila depang masjid rusila

49.Makang Pagi Muroh Teh O 30 Seng: Warung Che Nah jalan losong dekat Muzium

50.Pulut Lepe (pulut panggang) : Pulut lepe bonda kat tepi sekoloh rendoh ladang
51.Pulut lepe kat tepi wisma persekutuan tepi steseng minyok caltek

52. Meggi Dapur Kayu: kat kapung Padang Machang (lokasi payoh skit sbb dalang kapung.. kena tanya penduduk setempak)

53.Mee Udang Galoh: Warung Pok Jak kat tepi masjid kampung tanjung sabtu manir

54.Nasi Khabu : Nasik kerabu ala thai kat jalan pasir panjang
- yang ni aku suka!!! sedap betui, ayam dia lain macam punya sedap. aaaaaaa tetiba teringat and teringin. hahaha.
55.Nasi kerabu ayam/daging bakar norra rich kerabu gong datuk (dekat pintu blakang uniza)

56.Nasi ayang / daging bakar dan sup herba : Kedai alhijrah Oasis kat jalan bukit bayas
-Cousin aku penah bawak makan dekat sini, dia tepi jalan dekat corner jalan. owner dia chinese muslim. nasi ayam dia sedapla cili sos dia sedappp. ada banyak jenis masakan ayam dekat sini jenuh jugak la buntang mata memilih

57.Sup belut: Kampung belukar jambu kat selekoh lepas 100 meter signboard kampung belukar jambu dari kapung laut

58.Nasik lemok kakung, nasik kuning: Warung tepi hotel permai inn blakang warung mat jeng

59.Cikeng chop: yee stall kat bazar batu buruk tepi nasik ayang hainan, cikeng chop rege rm3.90 kat teluk ketapang

60.Mee jawa, soto: Warung kat gong kapah sebeloh bangunan umno

61.Nasik goreng cina, watangho: kat keda cina kapung depang masjid batu rakit kedai naik bukit skit

62.nasi kukus: baihaqi nasi kukus jalan tok lam bawah hotel indah,
63.yasmin nasi kukus jln kamaruddin
-HZ penah bagi aku makan nasi kukus ni, aku rasa macam sedapla jugak tapi takda la mcm UMPHHHH cenggitu, sebab aku tak suka sambal belacan dia yg agak maneh. hahaha. tapi oklah boleh makan.

Hidup tenang




Everything seems to be too overwhelming. I need to breathe. I need to focus. I need to do my own shit without approval of others. I need to stop wanting to be part of everyone's life without them wanting to do the same. 

I need my life back. 
So yeah, here i am on blogger, writing every bits of my life instead of posting pictures or fb posts to invite the judgment of others. 

Hello, anyone still here?

Wednesday, 3 July 2019

BREASTFEEDING TIPS AND REALITY FOR FIRST TIME MOMMY

(ALERT! Bahasa rojak ahead 🤭)

The only part of motherhood that i regret not getting prepared/shouldve work harder was breastfeeding. Yup, im saying was because i no longer breastfeed my son. Because he no longers want to direct latch and i find pumping is just a tedious hard work that requires commitment, which i can no longer commit.

You see, before i gave birth, i was so confident that i would fully exclusively breastfeed my baby, not knowing it would be SUPER TIRING, painful and requires lots and lots of discipline and patience(especially if you are a working mom, having to pump every few hours). Tahap confident yang luarbiasa nak fully breastfeed tambah2 lagi bila besembang dengan mak2 yang fanatic tegar breastfeeding(yang sampai look down on mommies who gave formula milk and accuse formula milk penyebab anak tu nakal tak dengar cakap, lol) Walaupun confident, mindset kena penting. Kena fikir nak breastfeed anak kerana allah sebab anak tu anugerah tuhan, pengikat kasih sayang suami isteri walaupun banyak rasa menyusahkan and memenatkan. 

Orang cakap kalau ada salah katmana2 jangan put the blame on others but dalam hal ni i cant help but to blame org jugak sikit2 hahahaha. i didnt get the support that i needed especially after birth. I wasnt aware that right after beranak(be it czer or normal, you have to put your baby on your chest for bonding untuk process latching yg smooth during breastfeeding nnanti and so that the baby akan terbiasa with your smell, your heartbeat and if the hospital give permission kena start lekapkan baby for quick feeding(yg ni rasanya most hospital yg i know tak buat kot) i didnt have the chance nak susukan baby immediately after sebab there was a complication, the baby had to be rushed to nicu. Lepastu paeds tak bagi anak naik ke bilik eventho nurses pressured2 suruh start breastfeed pasai takut anak kena infection pasai exposed dengan surrounding hospital. Bagi i mula2 dulu rasa macam apabenda la bonding2 segala ni rimasnya. Like, i dont wanna be the pulun mother. But bila i had to endure all the perit jerih besarkan anak and bagi susu formula yg requires lots of money baru i faham. Memangla bonding2 tu bagus la untuk hubungan mak dan anak, sebab kita takmau anak membesaq jd ketegaq dengan mak. And kita bonding2 tu sebab nak bagi anak rasa disayangi sebab ya lah he is alone and dia takmintak dilahirkan pun. Lepasni kalau you all mcm segan2 dengan konsep bonding ni cuba try senyap2 you can feel the difference. In you. And in your child.serious.eh terlalut. Ok sambung.

Time pantang pulak memang i takreti apa langsung pasal menyusu. Lepastu nipple tersumbat because i didnt know kena cuci macam mana sebab memang ada nurses pesan suruh cuci. The best decision yg i decide nak buat time tu i called lady urut untuk mai tgk kenapa takkeluaq susu and dia tlg cuci. Nampak senang gila ja sebab dia just ambik wet towel and lap the nipple tip tgk2 la kot2 ada benda putih2 telekat. Kadang kita rasa mandi dah cukup bersih cuci but bila pakai bra maybe ada serpih2 kapas baju tu terlekat ka apa. My mom sebelum tu suruh letak kobis la segala. BIG NO NO guys sebab kobis keringkan susu so jangan ikut. My mom who was in charged of taking care of my wasnt actually supporting breastfeeding, bagi dia kalau anak teriak tu tak kenyang so banyak kali jugakla susu yg pump kena buang dgn dia sebab dia insist on giving formula milk. And a million other things yg dia suruh bagi dekat anak which i didnt plan on giving(puting,buai etc) but to be fair understood la dia nak menyenangkan idup i dan dia kot. Tapi kena ingat guys, biaq susah sekarang senang kemudian hari. Jangan senang now and menyesal kemudian sebab now anak i dah terbiasa formula so dia mmg takkan mau direct latch pasai slow and dia dah biasa find comfort in puting so payah nak take it away from him for now. Ok bebalik cerita. So kalau u bengkak susu ka atau u rasa breast bengkak but susu takkeluaq its not because susu takdak but it must be tersumbat. Call lady urut yg pandai urut susu. Neverletak kobis, take lecithin instead. Dia akan lancarkan aliran susu trust me.

First rule of wanting to fully breastfeed if you dont intend to pump or give bottle at all, is not to buy any bottles masa preparation nak sambut baby. Hahaha. Silap i p beli botoi susu, puting semua siap2 sbb dalam kepala nak set just in case but my mom ingat i beli siap2 sebab mmg nak bagi. I dah plan sebab i housewife kan harusla nak breastfeed sepenuhnya. And most of the reason is sebab nak save up from buying formula milk.lepastu masa first few days(weeks or months even!) Baby memang akan kuat menyusu. Like, every one hour or if ure lucky 2-3 hrs la especially if dia ada high jaundice lagiii u kena susukan kerap2 sampai kena kejut baby and paksa minum susu. This is when i totally made the biggest mistake. Sebab i was freaking tired. Dengan nak kena jaga bekas czer lagi, nak menyusu lagi, memang penat gila. Tapi pls pls pls pls bear in mind kalau you betul2 nak make it happen you have to endure all the sweats and tears sebab just for few months ja then baby akan mula kurang menyusu. Penat macam mana pun kena banyak sabar sabar sabar and istifar. Kalau teruk sangat u taktahan, make sure you pump enough to make supply untuk mintak tlg org lain jaga kan. Kalau org lain tak support breastfeeding and rasa renyah menyusahkan,you have no choice but to do it yourself. Perit, yes. But imagine you can save up thousands of ringgit from buying formula milk/bottles/pump/sterilizer. Ya guys, even kalau menyenangkan org nak jaga, lama2 akan menyusahkan diri sendiri sebab akan kena cuci boyttles, sterilize segala. Duit habih,penat pun ya. Kalau direct breastfeed tak habis duit cuma penat ja.(kalau pumping for breastfeeding penat jugak and habih duit sekali ja la beli pump. Hahaha oh sat. Plastic storage pun kena beli. Mahai2.)  Haaaa nampak dak?

Next, you really have to learn and get as much knowledge as you can on breastfeeding. Kalau setakat baca info2 shortform from facebook articles tu bukan knowledge k? Join support group dekat fb macam The breastfeeding advocates network(tban) or banyak2 kawan dengan org yg breastfeed yg tak kedekut ilmu la hahahaha. I didnt know dulu masa anak jaundice, kena keep on bagi susu despite dia nanges selalu ka apa. Sebab i pecaya bila my mom cakap baby lapar so kena topup formula. Padahal masa tu dia kencing semua ok ja, and its baby's nature menanges2 sebab baru keluaq dari perut kan, new environment yg dia tak biasa after 9months dalam perut ja. Kalau you betul2 nak breastfeed kena pekakkan telinga teruskan, check nappy anak dia kencing kerap dak, berak kerap dak. If yes then youre good to pekakkan telinga keep on offering your breast. Kalau kencing and berak kurang, there must be something wrong. Either you are not producing enough atau baby tak pandai latch. Makan supplement yg increase milk production like fenugreek ka, oat cookies ka,  horlicks etc. Setiap orang lain2 milkbooster so kena try and error. Jangan pecaya bulat2 kalau kawan u cakap milkbooster dia sekian2 so u go and buy the biggest pack. Atleast buy the trial pack of anything untuk try dulu tg bawak kesan ka dak if not rugi duit ja. Multitamins kena makan, calcium intake kena up. I lost my gigi during pantang sebab i didnt know bout this hahahaha. Gigi reput makin reput. Padan muka. 

If you are a working mom or you plan nak direct feed tp nak buat stock sikit2 just in case nanti nak tinggalkan anak dekat org for emergency case, time pantang is the right time nak buat stock. Pump as much as u can. Simpan dalam breastmilk storage/bottles, tandakan tarikh and put dalam freezer. Time ni la nak betul2 kumpul stock sebab production milk is based on supply and demand.  Alang2 tu boleh power pump untuk increase milk supply. Cara power pump you boleh google, tapi basically dia adalah cara pump susu yg jarak masa dekat2 sebab bila kita buat macam ni badan akan dapat signal untuk produce more milk sebab demand yg kerap. Tapi kalau you tak plan untuk buat stock i suggest jangan power pump or pump even sebab nanti breast bengkak teruk sbb susu telampau banyak akan lead to mastitis and boleh nanah. Just beli haaka silicone milk collector untuk letak dekat sebelah breast masa tengah menyusu. Sebab time baby tengah latch akan ada milk letdown, which susu akan tetiba memancut keluaq mcm waterfall hahahaha direct latch as much as possible sebab tho its good to pump untuk increase yield, theres something magical regarding baby's latch yg automatically akan buat supply cepat increase. Trust me. Tak sama macam pump.even if ure pumping bila2 free u kena jugak bagi baby latch on you.okay?

Tu jelah kot. Yang lain2 tu biasalah kena pekakkan telinga buat bodo ja kalau ada ayat menyakitkan ati komen pasal kita nak fully breastfeed. Tapi kalau takbreastfeed akan sakit hati jugak sebab org akan buat kita rasa mcm mak tak guna  tak bagi sepenuhnya yang terbaik utk anak. Depa takkan nampak setiap struggle yg kita hadap nak besaqkan anak. Apa2 pun banyak2 besabaq, tawakal and berdoa supaya tuhan tolong kita untuk jayakan mission breastfeeding. Sekarang i paling stress tak fully breastfeed anak pasai anak i kecik tak gemok macam anak2 org yg fully breasteed hahahaha. Ohmy. 

Nanti kita discuss pasai pump yg sesuai pulak next post okay? 


Wednesday, 24 April 2019

How i nearly killed my son because of POST PARTUM DEPRESSION

8months have passed since the birth of our beloved son, Huzir. And a lot has changed. I mean, things are hardly ever the same since then. Im still getting used to all the new things ive to learn in taking care of our baby and god knows, i mean those who are close to me know im the type that need A LOT OF HARD TIMES to adjust to new environments/new things. The journey of a new mother had been really tough for me, especially when i hardly get any help from my parents and parents in law. Merely because people see me as a fussy new mother. Ini tak boleh, itu tak boleh. And being too strict on everything just to make sure my baby follow all the "safety rules to have a safe environment for babies" has led me into a serious POST PARTUM DEPRESSION. 

Masa baru beranak, i stayed at my parents house for 3 months after i delivered and time tu pun macam dah ada sikit2 depression tapi sebab i tak berapa jaga my baby, my mother took care of him at night, god bless her. You see, my mom's house is full of cats. Like crazy amount of cats, i tell you. So u can imagine how crazy i was living there. Sampai satu tahap i think my mom got paranoid if i came out of the pantang room takut kucing ter kencing or berak in front of the room and my youngest sister became annoyed having to be the one cleaning up after the cat-shits and all. 

After 3months tu i moved back to my own house, tapi my mother came and stayed with us for a week so everything is still okay. Sebab my mom ada utk tolong uruskan rumah, uruskan baby. The problem arised after few weeks my mom balik. I was having trouble adjusting alone sebab my husband had to go to work la kan takkan nak duk rumah goyang kaki harap duit turun dari langit. Lepastu i didnt understand how the whole crying babies work. I didnt know huzir nak susu ka pampers basah ka sakit perut ka. Sebab after checking semua sometimes dia nanges without any reason(sebenaqnya sebab dia tak selesa kot time tu i think,nak membesaq kan) and he was a very clingy baby(he still is until now) pantang bangun tinggal sat pun takleh. That was when i became worst. Tengah2 malam kadang time tidoq dia tak tentu, he would wake up at the wee hours to play dengan senyum2 pukul 3 pagi but i didnt have enough sleep so i became so moody sampai marah2 dia until he cried. I felt bad now thinking of it. And ada one time masa husband p kerja, huzir was crying histerically and i didnt know what he wants sampai i rasa nak ambik pisau and tikam dia. I was even halfway to the kitchen! Astaghfirullah. I remember clearly time tu i memang stress sampai nanges2 i messaged my husband to come home cepat sebab i takut terbuat something. Ada jugak time i dukung huzir nak keluar balcony and nak baling dia dekat balcony. Ya allah, nasib lagi tuhan masih pelihara kami anak beranak. Kalau jadi betul i taktaula apa nasib i and huzir. 

Sekarang pun there are times yg i rasa sangat stress sampai banyak kali i balik rumah my parents tapi depa pulak stress bila i balik rumah nak kena cats free jadi asyik begaduh ja pasal kucing. Nak ajak my mother come and stay with us pun macam jauh pulak dia nak mai. Husband sampai banyak kali kena ambik cuti sebab i duk stress sampai tahap nak buat benda bukan2. I am forever grateful for having him as a husband. Dulu masa before ada anak dia macam seorang yg i rasa pikiaq diri dia ja, takberapa nak endah org. Tp since ada anak ni boleh nampak la dia betanggungjawab. Dia yg kerja office balik2 ambik alih jaga huzir dari ptg smpai the next day. Bayangkan betapa teruk i as a mother yg takboleh tengok dah anak sendiri sebab meluat. Tapi sekarang slowly im adjusting, im learning to love my son, im slowly adapting and accepting the fate to be a mother.  Kalau nak terasa buat benda bukan2 cepat2 i pi ambik wudhu and istighfar. Theres always a blessing in disguise in everything kan? 

So kesimpulan dia nak cakap, jangan ingat hampa nak ada anak just for the sake of nak tepis ayat2 makcik bawang yg tanya bila nak ada anak sebab ada anak ni is a very huge responsibilities. It requires a lot of patience. Tambah2 yg jadi surirumah, sebab hampa kena hadap anak 24jam. Besyukurla kalau takdak anak lagi mungkin tuhan nak bagi hampa bersedia betui2 dulu. Besyukurla jadi working mom sebab mungkin tuhan nak hampa jadi less stress hadap kerenah anak2. Lain org lain pendapat. Tapi motherhood is not always rainbows and unicorns. But in the end, the smile of your little ones make everything worth it.


Thursday, 15 March 2018

Hi buat apa tu?


Hi semua! /wipeswebdusts
Disebabkan lama tak menonjolkan muka sendiri dekat sini nah ambik gambar throwback rambut uban untuk tatapan umum. 

Ada berita gembira nak share ni dengan pembaca setia tapi asyik update tak update last2 pembaca pun dah takdak yang setia hahahaha. Oklame.

Tadi tengah plan nak tukar layout blog ni tapi bila godek2 html jadi benak otak jap. Lepastu sekarang ni rasa macam eh malas pulak. Nanti2 jelah update layout. Sekarang ni memang dah tak wujud eh website layout untuk blogger yang senang2 mcm pyzam.com dulu? Susah betuilah nak cari yang user-friendy-bodo-it-blogger-template untuk orang macam i ni >D

Eh by the way, I tengah susun content baru ni. Kalini betul2 punya banyak post baru, pasal Jamu Tun Teja pun ada. Sebab ramai sangat orang search post Jamu Tun Teja ni, jadi rasa macam kena review ikhlas jugak lah and bukan sekadar review untuk naikkan sales since i pun agent jugak LOL.

Apa yang korang nak sangat or suka baca bila buka blog orang lain? Cer share sikit, nanti takla boring content i nak upload hewhewhew.

❤️❤️❤️
Zoe Ana
❤️❤️❤️



Wednesday, 7 February 2018

Yellow Miss Yellow Miss

...yennaporenggeyy hahahaha. Siapa baca title sambil nyanyi dalam hati? Tak eh? Okfinebye. Emo tiba2 dahla malas update pastu nak emo pulak cets. Saja nak test ada lagi ka orang duk baca?


Helloooooo
*echoes*


kalau ada nak update lagi lepasni, kalau tadak pun memang nak update jugak. Ahgittew.

Jumpa lagi bila rajin bye!


Tuesday, 21 March 2017

#ProductReview - Kandungan Bahan-bahan dalam Jamu Tun Teja

Yang mana tertanya-tanya pasal Jamu Tun Teja(Kandungan dalam Jamu tu etc) ni I tunjuk semua bahan-bahan yang ada dalam satu sachet. Rasa Jamu ni bukan macam jamu kebiasaan yang berempah dan herba tu, tapi ni rasa macam jus buah so korang yang tak boleh telan rasa Jamu mesti akan jatuh cinta dengan Jamu Tun Teja ni, kan I dah cakap ni Jamu modern, harusssla rasa pun tolerable hihi.

(Korang boleh klik dekat gambar untuk size lebih besar)

🌿 HALIA BARA bertindak
* menlancarkan sistem peredaran darah.
* mengeluarkan angin berlebihan.
* melancarkan sistem penghadaman.
🌿 KULIT KAYU MANIS bertindak
* membantu mengurangkan kolestrol
* mengurangkan berat badan.
🌿 ACAI BERRY bertindak
* membakar lemak berlebihan
* membuang toksin
* sangat baik untuk kesihatan jantung
🌿 MADU ASLI 1001 manfaat bertindak
* memberi tenaga
* membantu mendapatkan tidur yg berkualiti
🌿 LADA HITAM bertindak
* membuang angin berlebihan
* melegakan ketegangan otot / stress
🌿 PURASWEEET
* mengurangkan kandungan gula dan kolestrol dalam darah
🌿 COLLAGEN + VITAMIN C + HYALURONIC ACID (HA)
* menganjalkan kulit agar lebih halus dan cerah berseri
* melembabkan kulit
* merawat masalah jeragat & jerawat
* mengurangkan kedutan & lebam bawah mata
* melindungi retina mata & mencegah peyakit berkaitan mata

Korang yang nak try jamu ni boleh 
DM IG Dearest_Diva atau Whatsapp number +60125043409 
untuk info lanjut, try la confirm tak menyesal!

❤️❤️❤️
Zoe Ana
❤️❤️❤️